Thursday, September 15, 2011

KETAPANG MERAWAT AIR IKAN PELIHARAAN

Kemaskini Ogos 2019  DAUN KETAPANG
KETAPANG ATAU ALMOND LEAVE SEBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI MERAWAT AIR AKUARIUM AGAR AROWANA ATAU IKAN PELIHARAAN SIHAT
ketapang baru luruh

Ketapang dikenali sebagai Indian Almond, Tropical Almond atau Malabar Almond. Nama saintifiknya Terminalia Catappa.  Daun akan gugur bila bertukar warna kemerahan atau kuning coklat.  

Daun ketapang kering bila direndam ke air, berupaya menukarkan warna air kepada kekuningan atau coklat.  Perubahan ini berlaku disebabkan oleh pigmen daun ketapang iaitu violaxanthin, lutein dan zeaxanthin.  Ia juga mempunyai ‘flavonoids’ seperti quercetin dan kamferol. 

Air kekuningan ini mengandungi asid organik iaitu humik dan tanin. Ia mengurangkan nilai pH air, menyerap dan menyahtoksidkan logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum.  Juga mampu mematikan bakteria, menjadi agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.

Daun ketapang berkesan sebagai bahan merawat dan menghalang penyakit ikan. Di Thailand ia seringkali digunakan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. Sekiranya ikan peliharaan ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkanlah daun ketapang.  Sesungguh  nya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

Ekstrak daripada daun ketapang turut mengandungi bahan anti fungal.  Ia menjadi penghalang fungal aktif seperti Pythium Ultimum, Rhizoctonia Solani, Sclerotium Rolfsii, dan Aspergillus Fumigatus.

RAHSIA DAUN KETAPANG 
Cara murah merawat air akuarium
Jangan membazir wang. Gunakan sumber asli dari daun ketapang kering bagi menggantikan Blackwater. Saya cuma gunakan daun ini bagi bantuan pemeliharaan ikan Arowana.  
Alhamdulillah ia amat berkesan, selamat, mudah dan murah. Tak perlu lagi menggunakan ubatan dari kedai untuk rawatan akuarium yang sememangnya amat mahal!  Bagi menjernihkan air, gunakan lampu UV dengan kekuatan 10w.
Awas sebarang ubatan ikan yang menghasilkan air berwarna hijau boleh mengakibatkan risiko barah. Berhati-hatilah kalau ada luka di jari atau tangan semasa menguruskan air akuarium kerana dari situlah bahan kimia itu memasuki tubuh! – Sumber “kursus pemeliharaan ikan hiasan”


PETUA 1001 – IKAN SIHAT
Jika ikan peliharaan seperti Arowana, Guppy, Beta, Tetra, Gourami, Apistos ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkan 1-5 helai daun ketapang. Ia adalah sumber perubatan kepada ikan atas sebab: 
i. Turunkan pH air beralkali
ii. Menyingkirkan bakteria dan bahan kimia berbahaya
iii. Menyerap logam ferum dan mangan
iv. Menciptakan kondisi air nyaman bagi ikan peliharaan
Ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik spt humic dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan persekitaran air yg nyaman bagi ikan / udang peliharaan seolah spt habitat asal di sungai atau paya. Asid yg dikeluarkan berupaya membunuh bakteria dalam akuarium.

ATURAN
Bilas daun sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium.Selepas 1-2 hari daun akan tenggelam. Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan. Alihkan daun selepas 10 hari digunakan. Cadangan 5-10 daun untuk 20 liter air.


BLACKWATER
Rebus daun bagi menghasilkan pati blackwater dan gunakan bila perlu.  Blackwater juga boleh terhasil dari rendaman daun selama 10 hari.
TEMPAHAN (jualan 2019)
Kepada yang berminat menggunakan daun ketapang boleh dapatkan bekalan:
Lokasi    : Kajang Selangor
Kualiti    : Fair Condition & NOT treated
Saiz       : 5” – 12”
Kuantiti  : 10-15 helai (RM10 termasuk Postage)
Bank      : Maybank 1020 2754 1793  (Abd Samad Mohtar)
Tel/WhatsApp_: 019 6327 567

No comments:

Post a Comment